Showing posts with label dari pandangan mata. Show all posts
Showing posts with label dari pandangan mata. Show all posts

July 29, 2011

bulan mulia

bulan Ramadhan
kau datang lagi
dengan penuh barakah
aku akan memanfaatkan segala masa ini dengan perkara sepatutnya
insyaALLAH

selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat Islam di dunia :)

July 9, 2011

pejuang negara

sebelum ini, kita, rakyat Malaysia sudah diwawarkan oleh berita dan notis yang menyatakan terdapat perhimpunan haram oleh BERSIH pada hari ini, 9 July2011.

aku di sini bukan untuk bercerita tentang politik. aku cuma ingin menyuarakan suara hati yang meronta-ronta untuk diluahkan dan dikongsikan kepada semua pembaca.

kepada sesiapa yang mengenali aku, pasti kamu semua tahu pekerjaan bapaku bukan? sebagai seorang suami kepada ibuku dan ayah kepada aku dan adik-adik ku, dia juga seorang pejuang negara.

malam ini, dia terpaksa tidur di pejabat kerana menjaga keselamatan negara pada pagi ini. bukan dia sahaja tetapi semua ahli pejuang negara terpaksa berpisah dengan ahli keluarga mereka atas sebab yang sama.

secara kebetulan, jiran aku juga pejuang negara. laki bini pula tu. sekurang kurangnya, ibuku masih ada bersama kami.

aku bukan apa, kalau mereka ingin melakukan sesuatu perkara, demi menyurakan pendapat mereka, seharusnya mereka ke saluran yang betul. perkara seperti ini boleh menjejaskan nama dan ekonomi negara sahaja.

seperti yang kita tahu, negara luar lebih hebat ceritanya dari kita. dengan rusuhan mereka, bom di sana sini, pembunuhan berlaku dengan kejamnya dan bermacam-macam lagi akibat ketidaksefahaman antara kerajaan dan ahli pembangkang. kesimpulannya, rakyat yang menderita, merana kerana terpaksa menanggung dendam ketua mereka. kekurangan sumber air bersih, sumber makanan, ekonomi merundum dan pendidikan juga mungkin tiada lagi buat mereka.

aku tahu yang Malaysia insyaAllah tidak akan berlaku seperti negara luar itu, tetapi jika salah langkah, ianya mungkin berlaku. itulah gunanya pejuang negara bukan? mereka akan mententeramkn negara insyaAllah.

semoga tiada pertumpahan darah dan darurat akan berlaku nanti. seperti kata abah "semuanya akan okay. takde apalah. tak payah risau. apa guna tentera dan polis kan? esok, duduk rumah je. tak payah keluar ya."

"baiklah" :)

February 12, 2011

the not so athlete post

well, i didn't won the larian sukol this morning. top 20 pun tak cecah. heh. ramai gila rupanya yang join larian ni tapi dari my kolej, tak sampai 10 orang pun.

the game was like this, peserta yang sampai ke garisan penamat dalam masa 40 min, akan diberikan kad kuning yang berharga 5 points dan points itu akan di berikan pada kolej nanti dan peserta yang dapat sampai ke garisan penamat dalam masa 1 jam, akan di berikan kad putih yang berharga 1 point sahaja.

jarak larian ini hanya 5.2 km sahaja which is mengelilingi UiTM. peserta bukan hanya terpaksa menyusuri hutan, bahkan bukit bukau dan longkang - longkang yang perlu di langkah.

akhirnya, aku cuma dapat memberi sumbangan kepada kolej dengan mendapatkan 1 point. okay apa. ingat tak sempot aku lari keliling UiTM ni. aku dapat sampai dalam 45 min juga lah. okay la tu kan? heh

peserta wanita yang sampai dahulu telah mencatat rekod selama 29 min sahaja manakala lelaki 22 min. hebak demo. tahniah aku ucapkan.

dalam perjalanan untuk menuju kejayaan, banyak benda yang aku dapat lihat. ramainya lelaki yang seksa-seksa. oh my! terkejut aku. tidak lupa juga pada wanita yang agak cun tapi sayang, bontotnya labuh sket walaupun kurus. tkpe babe, next time please don't wear seluar ketat. tak suai la. heh.

maaflah kerana tiada gambar untuk ditonjolkan kerana malas mahu bawa itu kamera. berat wooo. dah la bukan hak milik aku lagi. heh

October 7, 2010

i love u lah


"you nak g mana?" tanya gadis berbaju kurung ayu dan berambut sihat itu kepada kekasihnya. "I pun nk try jugak", jawab lelaki itu. mereka kemudiannya memasuki 7 eleven dan terus menuju ke hujung kedai. mesin penimbang berat di letakkan di situ.

gadis itu pun berdiri di atas mesin tersebut kemudian berkata," jangan la tengok. you pandang sana lah." namun lelaki tersebut hanya senyum dan gelak sedikit dengan gaya yang agak comel.



KEMUDIAN,


muak aku tengok kerenah dua orang ni. dah la jalan depan aku. bermesra depan aku. saje la kan nak buat aku cemburu. maaf la juniors. it doesn't work on me. heh