December 31, 2011
August 19, 2011
august
April 10, 2011
meta:VIII - MESYUARAT TIMBALAN NAIB CANSELOR
March 30, 2011
march (9)
March 11, 2011
march (2)
March 9, 2011
march (1)
February 25, 2011
february (5a)
February 24, 2011
february (5)
february (4)
February 17, 2011
WARNING!!!
Semakan dilejer bayaran sehingga 9 Febuari 2011 mendapati tuan/puan masih belum menjelaskan bil bayaran kolej/elektrik.
Pelajar yang gagal menjelaskan bil berkenaan adalah layak dikenakan tindakan..
1. Ditahan daripada menduduki peperiksaan
2. Markah peperiksaan akhir tidak akan dimasukkan
3. Pelajar akan di Gugur Taraf
4. Bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian, mereka tidak dibenarkan untuk menghadiri konvo/mendapat skroll & transkrip
Sila semak lejer bayaran anda di portal bilpelajar http://bursary.uitm.edu.my/bilpelajar
Pastikan bayaran dijelaskan sebelum 15 Mac 2011 bagi mengelak sebarang masalah.Bagi pelajar yang telah menjelaskan bayaran dan lejer mereka tiada bil yang belum dijelaskan, sila abaikan mesej ini.
Bagi pelajar kampus cawangan, sila hadir ke Pejabat Kewangan kampus berkaitan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan.
Pertanyaaan juga boleh diemail kepada.. aaziz882@salam.uitm.edu.my wan515@salam.uitm.edu.my
TINDAKAN SEGERA AMAT DIHARGAI
nampak sangat aku ni tidak cukup duit untuk membayar yuran kolej. kalau kau orang baik hati, bayarkanlah ya. heh
February 16, 2011
words (2)
February 15, 2011
words
January 17, 2011
temptation



June 21, 2010
grrrr...
i got a lot to write here but i don't really have the time. *sigh. susah betul tinggal jauh dari internet kan? *sigh.
i got a story to share. its not about me. hehe so jangan perasan. its about my cousin's friend.
there was a couple, i name it A and B okay. A is the guy and B is the girl. i don't know how long they were together but they broke up before A went to Jordan ( tak silap lah. tapi yang pasti Timur Tengah). A yang mahu putus kerana dia mahu focus in studies and blah blah blah. tetapi A mahu B menunggunya pulang dan berhasrat untuk menyambung kembali hubungan mereka nanti. B only sambung belajar di Malaysia yang aman dan indah lagi harmoni. B yang pada mulanya belajar di Cheras, telah berkenalan dengan N ( my cousin) dan telah berkongsi cerita ini. B kemudian telah bertukar ke UiTM.
sudah lama A tidak contact B. tetapi B tetap bersabar kerana dia tahu yang mereka akan bersama juga NANTI.
dunia ini memang kecil. N new housemate, bercerita mengenai kawannya yang belajar di Jordan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. apabila di sebut namanya A, N segera memberitahu B. apabila mereka check facebook A, ternyata, memang benar. A telah berkahwin di sana dan mempunyai anak.
betapa kecewanya hati B apabila melihat sendiri semua bukti yang ada.
well, my case is a bit different but still invlove with overseas student. hafiz won't do that. i know him. heh. may be he just need more space. *sigh. tidak mengapalah. tiada rezeki bersama.
kesimpulannya, tidak perlu couple lah. membujang sampai ke tua. bole? eyh, i wanna have my own kids. *sigh. belom sampai jodoh kan. tidak mengapalah
p/s: mak beritahu ketika zaman muda mak dahulu, mak yang selalu mintak putus dengan bekas teman lelaki mak tetapi sekarang, anak mak yang kena tinggal. kesian anak mak.
May 26, 2010
solat dan lima jenis manusia
jenis pertama
hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat. bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.
jenis kedua
orang yang melakukan solat secara zahir sahaja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.
golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.
orang ini jatuh fasik. tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika sahaja. golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.
jenis ketiga
golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.
fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.
jenis keempat
golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.
sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.
apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. begitulah sehingga selesai solatnya.
peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.
jenis kelima
golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.
hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya.
walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. golongan ini disebut orang soleh.
jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.
ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.