wedding mereka. makanan okay lah. banyak saya makan. sahaja. mencuci perut. heh. saya dalam proses pertukaran. sungguh memenatkan. tidak mengapa. cuba berpakaian kemas dan sedikit make up untuk tidak kelihatan seperti zombie.
i haven't transfer all the pictures inside my computer. so its gonna be a little dull in here. heh
im waiting for uitm page thingy to come out. gila la. asyik kena refresh sahaja. damn it.
well last weekend i went a little crazy. heh its time to cheer up eyt. so i did things that wasnt on my plan. well i guess the best part was i got a new place to hang out. rm6 for shisha. gila murah and they got this nice gassy drinks. heh you should try it. but the food was so not nice. harga sahaja mahal tapi tak sedap. jangan terpedaya dengan gambar di menu okay.
i lepak with H(my cousin's bf and boleh tahan punya orang), my cousin, I and some of H's friends. mereka totally crazy. haha i cant remember the last time i laughed like that. i had fun. thank you guys.
maybe if we go there next time, we should bring cards lah. hehe
saya masih cuba senyum ketika berhadapan dengan camera. belakang camera cerita lain lah. heh terima kasih kepada S kerana telah membayar makanan yang telah saya order semalam. saya masih rasa pilu dan hiba. *sigh. tetapi semalam dapat juga ketawa dan menyanyi dan menari di time square. terima kasih S kerana melayan kerenah orang putus cinta ini. tidak mengapalah. sekurang kurangnya saya tidak putus cinta dengan ALLAH. heh.
the title had been created by A ( a guy, friend and a bully).
its a story about him actually. on his birthday (which i totally forgot. sorry A), he texted me. he told me a story which i am the first to know ( hahahaha. i like very the much).
begini kisahnya. semoga ianya dijadikan teladan. hari itu, A ada kenal this one girl. itu pun through phone. dia salah number sebenarnya. then somehow, they got close. they even chatted for almost 3 hours, almost everyday. she sounded so polite and cool. and of course matured and A love it. she even sent him her pictures. she looked realle lovely. beside that, she is older than A, which A really like.
then A ajak the girl to meet up but the girl always give excuses like memang nampak yang dia tak mahu jmpe A. one day, the girl called and nangis-nangis. dia beritahu A yang dia sebenarnya berumur 28 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. the girl mempunyai masalah dengan suaminya. so A ni macam alternative agaknya. i dont know. heh
A telah men'screened'kan number the girl. A beritahu yang the girl masih text and call him. A tak layan. bini orang kan. tak baik ganggu rumah tangga orang kan kan kan. so let it be man. heh
well, the moral is, jangan layan orang salah number, ia mungkin bini/laki orang.
p/s; sorry cos ketawakan A eyh. hehe but it is soooo funny cos u really fell for her. hahaha
i just get back from cineleisure. hang out with my beloved family. we watched prince of persia. it was okay la. not to mention the fighting time. i was like waaaa. mcm nak perang jugak but i cannot. haha my point is, the ending agak suck.*sigh. i dont know why i didnt like the ending. maybe because, the prince get the princess back and the time move backwards and everyone saved and alive and blah blah blah. try watch it. then you will know what the heck im trying to say here. heh
like always, my mouth memang tak bole stop sebut 'chumels' to all the adoroble couples i met. *sigh. jelous a bit here *sigh. macam nak tutup mata je so that i wont see those 'in love' people. haih tapi kalau tutup mata macamana mahu jalan? *sigh.
how i wish i could have that dagger and turn back the time to where everything is normal and im surrounding with his love. *sigh.
selepas penat melayan kerenah pelanggan, kini tibalah masanya untuk saya meluangkan masa bersama laptop dan guitar tersayang. walaupun bunyi masih sumbang (akibat terputus tali number 3) tetapi practise harus dilakukan (gimik je lebih). tanpa melengahkan masa lagi, saya ingin berkongsi bersama anda sedikit info yang saya dapat dari paper harian metro yang bertarikh 30 disember 2009(jika anda sudah baca, diam diam sudeyh). ini adalah jenis manusia dan solat yang dilakukannya. renung renungkan, dan selamat beramal ;)
jenis pertama
hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat. bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.
jenis kedua
orang yang melakukan solat secara zahir sahaja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.
golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.
orang ini jatuh fasik. tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika sahaja. golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.
jenis ketiga
golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.
fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.
jenis keempat
golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.
sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.
apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. begitulah sehingga selesai solatnya.
peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.
jenis kelima
golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.
hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya.
walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. golongan ini disebut orang soleh.
jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.
ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.
gambar gambar di atas merujuk kepada barbie. ya, barbie. pada tarikh 17 may 2009, saya dan S ( teman dari sekolah, kini dan selamanya) bersiar-siar dithe curve. tujuannya hanya satu, iaitu melihat patung patung barbie yang disimpan di dalam kotak kaca. di dalam kotak kaca itu, terdapat spotlight supaya barbie itu kelihatan lebih grand dan menarik dan sexy.
terdapat banyak koleksi dari tahun tahun dahulu hingga kini. ianya dapat di lihat pada wajah mereka. ada yang mukanya ke dalam, ke depan dan lain lain. cara make up nya juga sedikit berbeza. jika anda peminat patung barbie, anda pasti tahu.
kebanyakan budak perempuan atau wanita dari dahulu hingga kini suka menyimpan atau membela patung ini.bagi mereka ianya satu kepuasan. mungkin juga hobi kerana patung ini cantik bukan. tidak dilupakan semakin murah harganya (untuk pink label sahaja. label gold dan yang lain lain agak mahal).
teringat pula saya pada arwah abang N ( abang saudara saya yang meninggal akibat leukemia). ketika saya kecil kecil dahulu, dia memang suka culik barbie saya. kemudian di bogelkannya. habis barbie saya di conteng. mungkin bagi dia, itu tattoo. tidak mengapalah. saya pasrah sahaja dan meminta mamanya membelikan saya barbie yang baru.heh