July 9, 2011

pejuang negara

sebelum ini, kita, rakyat Malaysia sudah diwawarkan oleh berita dan notis yang menyatakan terdapat perhimpunan haram oleh BERSIH pada hari ini, 9 July2011.

aku di sini bukan untuk bercerita tentang politik. aku cuma ingin menyuarakan suara hati yang meronta-ronta untuk diluahkan dan dikongsikan kepada semua pembaca.

kepada sesiapa yang mengenali aku, pasti kamu semua tahu pekerjaan bapaku bukan? sebagai seorang suami kepada ibuku dan ayah kepada aku dan adik-adik ku, dia juga seorang pejuang negara.

malam ini, dia terpaksa tidur di pejabat kerana menjaga keselamatan negara pada pagi ini. bukan dia sahaja tetapi semua ahli pejuang negara terpaksa berpisah dengan ahli keluarga mereka atas sebab yang sama.

secara kebetulan, jiran aku juga pejuang negara. laki bini pula tu. sekurang kurangnya, ibuku masih ada bersama kami.

aku bukan apa, kalau mereka ingin melakukan sesuatu perkara, demi menyurakan pendapat mereka, seharusnya mereka ke saluran yang betul. perkara seperti ini boleh menjejaskan nama dan ekonomi negara sahaja.

seperti yang kita tahu, negara luar lebih hebat ceritanya dari kita. dengan rusuhan mereka, bom di sana sini, pembunuhan berlaku dengan kejamnya dan bermacam-macam lagi akibat ketidaksefahaman antara kerajaan dan ahli pembangkang. kesimpulannya, rakyat yang menderita, merana kerana terpaksa menanggung dendam ketua mereka. kekurangan sumber air bersih, sumber makanan, ekonomi merundum dan pendidikan juga mungkin tiada lagi buat mereka.

aku tahu yang Malaysia insyaAllah tidak akan berlaku seperti negara luar itu, tetapi jika salah langkah, ianya mungkin berlaku. itulah gunanya pejuang negara bukan? mereka akan mententeramkn negara insyaAllah.

semoga tiada pertumpahan darah dan darurat akan berlaku nanti. seperti kata abah "semuanya akan okay. takde apalah. tak payah risau. apa guna tentera dan polis kan? esok, duduk rumah je. tak payah keluar ya."

"baiklah" :)