October 29, 2010

tragedi oktober (7)

* bersama nurlina. subject matter kami sama. wau. dengan muka yang agak sembab dan tidak kenal erti rehat,ku ukir juga sebuah senyuman.

28 hari bulan adalah hari submission for subject methodology and design research. it went well. alhamdulillah.

pulang sahaja ke bilik, aku tidur sepuas-puasnya. terbalas dendam ku atas ketidak tiduran pada malam-malam sebelumnya.

3 more subjects to go.

October 23, 2010

tragedi oktober (6)

i'm rushing.

to finish all the works given.

to graduate.

to take my life to another level.

may I have all the luck in the world.

amen.

p/s : I found hijau!!! he hide inside my passport case. please don't play hide and seek anymore ya hijau.


October 21, 2010

tragedi oktober (5)

oh where oh where could my baby be?

i've lost him. now you?

please come back to me.

hijau.


October 18, 2010

tragedi oktober (4)

alhamdulillah. ketiga - tiga prinsip sudah siap. tinggal minor works to be done. hurmm. maybe no more tragedy after this. i wish. heh


yang pasti, pergaduhan antara aku dan Abe P masih belum tamat lagi. heh

tragedi oktober (3)

sedang aku asyik mencanting, kelihatan kelibat seorang jejaka yang tinggi seperti gergasi menghampiri ku.

" kau dah macam tapai dah aku tengok", dia berkata sambil tersengih.

"kenapa pula?", jawab ku pelik.

"ye lah. kau ni selekeh je nampaknya".

" ni semua sebab En J punya canting tau".

"kalau sebab canting aku pun, kau pakai la lawa-lawa sikit. pakai la make up sikit"

" ish. nak buat ape pakai make up sebelah api. buat cair make up je nanti.heh"

dia hanya ketawa dan berlalu pergi.

October 16, 2010

tragedi oktober (2)

S : abe, bole amik kul 12 kat blok C tak?
Abe P : brape org ek?
S : yang confirm 2 org je tp ada lg yang lain.
Abe P : kalau 2 org buat penat je. minyak pon tak lepas.
S : abistu ktorg nak blk camne?
Abe P : abis takkan awak nak bayar lebih!
S : takpela. terima kasih byk2.
Abe P : sory ek bkn tk nk tlg! cos penat n sakit kepala sgt2 ni.. awak tak pk semua tu! yang awk tau suruh amik je!
S : bukan suruh! mintk tlg tau! takpela! kitorg jln kaki je!
Abe P : kalau mintk tlg pon! biar same2 tlg! baru adil.

credit habis pula. biakan je la. malas nak layan.

selang beberapa minit kemudian,

Abe P : kalau same2 bole tlg menolong! sorg pon sy naik. lain la kalau sy dah ade kat dlm U! ni sy duk umah! phm2 je la.


end up, saya balik juga dengan dia sebab ada lagi orang yang balik td. ketika dalam perjalanan pulang ke kolej, Abe P membebel je. entah apa yang dibebelkan kat depan tu. malas saya nak ambil port. huh.

dah lah guna tanda seru je. nak marah ke, jerit ke, terpekik terlolong ke, saya pun tak faham. demmit punya orang. agaknya subjek bahasa melayu time sekolah dulu mesti failed. heh

October 13, 2010

tragedi oktober



dia datang kepada ku dengan mimik muka yang bersahaja. marker pen bermain di jarinya.

" berapa awak beli laptop ni?". " saya tak tahulah encik. bapak saya yang belikan", jawab ku dengan jujur.

marker pen di jarinya terjatuh seperti orang yang dikejutkan dari mimpi. terkejut benar agaknya. "jadi awak kena belajar bersungguh-sungguh la ya. harapan keluarga".

" ye lah kot encik", jawab ku malas. heh

October 8, 2010

taylor lautner

"assalamualaikum kak long. tengah buat apa tu?" tanya H yang tiba-tiba menelefon saya.
"waalaikumussalam. akak tengah buat work lah. ada apa adik?"
"tadi adik tengok cerita cheaper by the dozen 2. ade taylor lautner", jawabnya kegairahan.
"so?"
"takde apa apa lah long. nak cakap tu je. okay lah. bye"

kesimpulannya, saya pun tak paham. maybe dia call just to make me jealous but it doesn't work out adik. heh

amaran keras

" hari ini, 7hb Oktober, mankala assessment bermula 26hb Oktober. jadi ada masa 19 hari lagi untuk siapkan resist."

text yang saya dapat daripada en. J.
thanks encik kerana mengingatkan saya sekelas.

October 7, 2010

i love u lah


"you nak g mana?" tanya gadis berbaju kurung ayu dan berambut sihat itu kepada kekasihnya. "I pun nk try jugak", jawab lelaki itu. mereka kemudiannya memasuki 7 eleven dan terus menuju ke hujung kedai. mesin penimbang berat di letakkan di situ.

gadis itu pun berdiri di atas mesin tersebut kemudian berkata," jangan la tengok. you pandang sana lah." namun lelaki tersebut hanya senyum dan gelak sedikit dengan gaya yang agak comel.



KEMUDIAN,


muak aku tengok kerenah dua orang ni. dah la jalan depan aku. bermesra depan aku. saje la kan nak buat aku cemburu. maaf la juniors. it doesn't work on me. heh

October 1, 2010

puting beliung

* keadaan katil yang agak menyerabutkan kepala otak sesiapa yang melihatnya.

i got figure drawing pre assessment tomorrow(today lah). haven't finish it. demmit. i hate this subject! fine. i know i have to say and push myself to love it but frankly say, i hate it. really. this figure stuff is so not really into me. haih.

don't give up!

September 30, 2010

another challenges awaits

* little snippet of my fiber

Alhamdulillah. tamat sudah pengembaraan saya untuk menyiapkan fiber. it took me almost a week to finish it. including wrecked days. heh

well, another challenges awaits dude.

familia

* keluarga haji kasri yang pulang berhari raya tahun ini.

ketiadaan arwah atok masih lagi terasa. terasa kehadiran dia yang sentiasa menceriakan hari raya kami pada tahun sebelum ini.

ketika saya mendapat tahu kehilangan dia, H masih lg berada di sisi. dia yang menenangkan hati yang duka dengan few jokes yang tak boleh blah. heh. kesanggupan dia untuk menelefon dari jarak jauh dan menggadai sedikit duit buat saya terasa 'flattered'. thanks awak kerana ada untuk saya ketika itu.

saya kehilangan atok tak berapa lama kemudian, awak. perasaan sedih dan hampa. perit untuk di telan tapi takdir telah berbicara. berserah sahaja pada Yang Maha Esa.


September 28, 2010

SKKJ2 RAYA REUNION

rumah kelima adalah rumah saya!!
dari kiri: eijaz, raihan. farith, megat, salwa, izzati, syera, puteri, syafiq,
yap, jaja, jehan, zawani, fara, alisya, aman, hafizul.

rumah keempat adalah rumah fara.
malas tulis nama. semua ada except yaya :(

rumah ketiga adalah rumah puan mona. guru sekolah rendah kami
dari kiri: fara, izzati, puteri, syera, zawani, salwa, jehan, jaja, yaya, alisya

rumah kedua adalah rumah izzati zainuddin.
dari kiri: aman, yap, yaya, salwa, fara, megat, hafizul, syafiq
jaja, alisya,jehan, izzati, zawani, puteri

rumah pertama adalah rumah zawani adnan.
dari kiri yang berdiri: salwa,alisya,zawani,puteri
dari kiri yang duduk: aman,syafiq

*PERINGATAN : gambar-gambar ini harus di lihat dari bawah ke atas.

Kelana Jaya, 15 September is a day to remember. I had fun and I guaranteed they had fun too. thanks guys. I really wish we could do this gathering raya thing again next year.



September 27, 2010

silence is a must

* trio dalam perjalanan ke masjid untuk sembahyang raya

sudah seblan berpuasa, kini tiba raya. masih tidak lambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya. maaf zahir dan batin. raya sebulan kan kan kan. heh

finals is haunting me now. being a really busy girl in the studio. try to finish all the works given and yet, still try to find time to sleep.

diploma show is kemuncak segala galanya kini. no more thoughts of lovey dovey and being lazy. even updating this blog also wasting time. heh.

im obsessed with justin bieber song overboard featuring jessica jarrell. gile gempak lyric.

got to go. interior design and figure drawing is waiting for me to finish them. heh


August 18, 2010

wasiat

semenjak dua menjak ni, aku rasa ada peubahan pada diriku. aku pun tak pasti apa sebenarnya. rasa macam jadi lebih baik dari yang dulu, mungkin tapi tidak lah mahu bermegah atau apa. heh.

mungkin ajal aku sudah sampai kot. tapi bila check dengan tekan-tekan hidung, okay je. cepat je tegang balik.

mungkin aku perasan je lebih. heh.

kini aku lebih tenang dari dulu. kurang berfikir mengenai hafiz dah. banyak lagi benda hendak difikirkan dan dibuat dari mengenang si dia yang dumped me. heh.

kini kekasih aku hanya satu, Tuhan. dulu pun sama tapi macam kurang sikit lah. sekarang over in love with Him. hehe. agak cool dapat perasaan macam ni. macam orang baik. tapi memang semua manusia pun baik. tidak dinafikan terselit kebaikan di setiap hati manusia.

aku bersyukur diberi hidayah. sedikit demi sedikit. dari menutup aurat hingga betul-betul mengenali Maha Pencipta. Alhamdulillah.

p/s : bila aku cerita pada roomate aku yang aku rasa aku ni sudah tak keluar malam dan rasa baik je selalu, aku cakaplah entah-entah aku endak mati kot. dia menjawab, kalau macam tu, kau wasiatkan lah barang-barang kau yang berguna pada aku. heh.

July 29, 2010

hiatus

i have been hiatus like for a very long time. i know. well, life is getting pretty hectic nowadays.

settle down here at Machang, feeling stress because of assignments, getting dumped by the same guy AGAIN, got bitten by an insect on my neck ( the length is like 1 and a half inch and it leaves me a scar. damn it), and last but not list, i don't know what happen to my face. around my eyes also kena. damn it.

it looks ugly isn't it? *sigh.

just bersyukur sajalah to what happened right. everything wil go on my way eventually. dugaan je semua ni ( hendak sedapkan hati. heh).

p/s: i'm going back bebeyh. can't wait for abah's graduation day and meet up with doctor. please i need to see one. *sigh


June 27, 2010

a day to remember

* gambar di capture pada tahun 2009 di sekolah tersayang. skkj2.



baru beberapa jam yang lalu, kita telah meniggalkan 26 june 2010. ianya kelihatan seperti tarikh keramat. jangan takot, jangan segan. ianya cuma hari yang membuatkan perasaan saya rasa seperti menaiki roller coaster.

bangun siang untuk keluar bersama S dan P ( kekasih S) dan juga lelaki yang baru di kenali K ( kawan P dan ianya juga cubaan P dan S untuk kenenkan kami bersama). sorry guys. hati saya sudah tawar dan tepu berlemak.

Subang. S yang sudah lama tidak memandu kereta, kini membuat comeback dengan kelisa abangnya. malang masih berbau buat kami kerana tidak berlaku perkara yang tidak diingini walaupun hampir tecium kereta orang lain ketika cubaan memasuki lorong di situ. di situ, saya dan S bertemu dengan P. dari Subang ke KJ, saya pula membuat comeback dengan memandu manual. i feel very sexy man. driving manual and can handle traffic jamm with lots of laugh and somehow, i gain my guts back. wow! is'nt it amazing. it's like all in one store. hehe

dari KJ, kami ke Shah Alam untuk bertemu K (dia datang sini because adiknya perlu register di UiTM.keluarganya menjamu selera di KFC). keluar untuk lunch bersama. di sana pula, saya diperkenalkan dengan kawan P yang lain. i can't remember their names. tapi mereka sungguh periang orangnya. memang ketawa sahaja dapat saya lemparkan pada mereka. setelah menghantar K ke pangkuan keluarga, kami bertiga, saya, S dan P ke Summit. berkaraoke.

pulang dengan kepenatan. malam pula, saya sempat bertanya khabar H di Russia. dia memang over me. bagusnya. me? masih meratap pemergiannya. tapi sudah kurang. tidak seteruk dahulu. akibat dari keadaan saya yang tidak stabil, S dan P membawa saya ke Uptown dan lepak di Shah Alam. terima kasih.

saya berkeinginan untuk menjadi batu dan cuba menjadi lesbian. mungkin ianya dapat distract saya dari fikir perkara mengarut seperti H.

p/s ; mata lebam keluar tadi. rupa seperti zombie. no wonder lah orang di uptown takut nak dekat. tidak mengapalah. saya bole move on. saya tahu itu. just give me more time.

June 26, 2010

rumah orang

tonight i'll be sleeping at S (a good friend of mine) house. its fun to have the internet all by yourself for the night. heh.

i miss him. i can't avoid this feeling :'(



June 23, 2010

hye


* taken on 3rd July 2009

hye. i miss you guys. hope we can lepak again and talk about stuff and tengok aman buat demo untuk keluarkan asap dari hidung lagi.

i miss everything. sorry i've been avoiding you guys. i just need time. i hope everything will go back to normal but i know, it won't happen.especially me and hafiz. it just won't happen kan? heh. never mind.



June 21, 2010

grrrr...

it has been like more than a week i haven't post anything right. heh. somehow i just missed you. my blog. hehe

i got a lot to write here but i don't really have the time. *sigh. susah betul tinggal jauh dari internet kan? *sigh.

i got a story to share. its not about me. hehe so jangan perasan. its about my cousin's friend.

there was a couple, i name it A and B okay. A is the guy and B is the girl. i don't know how long they were together but they broke up before A went to Jordan ( tak silap lah. tapi yang pasti Timur Tengah). A yang mahu putus kerana dia mahu focus in studies and blah blah blah. tetapi A mahu B menunggunya pulang dan berhasrat untuk menyambung kembali hubungan mereka nanti. B only sambung belajar di Malaysia yang aman dan indah lagi harmoni. B yang pada mulanya belajar di Cheras, telah berkenalan dengan N ( my cousin) dan telah berkongsi cerita ini. B kemudian telah bertukar ke UiTM.

sudah lama A tidak contact B. tetapi B tetap bersabar kerana dia tahu yang mereka akan bersama juga NANTI.

dunia ini memang kecil. N new housemate, bercerita mengenai kawannya yang belajar di Jordan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. apabila di sebut namanya A, N segera memberitahu B. apabila mereka check facebook A, ternyata, memang benar. A telah berkahwin di sana dan mempunyai anak.

betapa kecewanya hati B apabila melihat sendiri semua bukti yang ada.

well, my case is a bit different but still invlove with overseas student. hafiz won't do that. i know him. heh. may be he just need more space. *sigh. tidak mengapalah. tiada rezeki bersama.

kesimpulannya, tidak perlu couple lah. membujang sampai ke tua. bole? eyh, i wanna have my own kids. *sigh. belom sampai jodoh kan. tidak mengapalah

p/s: mak beritahu ketika zaman muda mak dahulu, mak yang selalu mintak putus dengan bekas teman lelaki mak tetapi sekarang, anak mak yang kena tinggal. kesian anak mak.

June 15, 2010

jolly #2







wedding mereka. makanan okay lah. banyak saya makan. sahaja. mencuci perut. heh. saya dalam proses pertukaran. sungguh memenatkan. tidak mengapa. cuba berpakaian kemas dan sedikit make up untuk tidak kelihatan seperti zombie.

aziz m.osman and lily, selamat hari pengantin ;)

June 10, 2010

last weekend

i haven't transfer all the pictures inside my computer. so its gonna be a little dull in here. heh

im waiting for uitm page thingy to come out. gila la. asyik kena refresh sahaja. damn it.

well last weekend i went a little crazy. heh its time to cheer up eyt. so i did things that wasnt on my plan. well i guess the best part was i got a new place to hang out. rm6 for shisha. gila murah and they got this nice gassy drinks. heh you should try it. but the food was so not nice. harga sahaja mahal tapi tak sedap. jangan terpedaya dengan gambar di menu okay.

i lepak with H(my cousin's bf and boleh tahan punya orang), my cousin, I and some of H's friends. mereka totally crazy. haha i cant remember the last time i laughed like that. i had fun. thank you guys.

maybe if we go there next time, we should bring cards lah. hehe


June 4, 2010

zombie

*kelihatan seperti seorang mayat hidup




saya masih cuba senyum ketika berhadapan dengan camera. belakang camera cerita lain lah. heh terima kasih kepada S kerana telah membayar makanan yang telah saya order semalam. saya masih rasa pilu dan hiba. *sigh. tetapi semalam dapat juga ketawa dan menyanyi dan menari di time square. terima kasih S kerana melayan kerenah orang putus cinta ini. tidak mengapalah. sekurang kurangnya saya tidak putus cinta dengan ALLAH. heh.




June 3, 2010

it's over

over eyh? heh yes over already. so what do you think?

just let him go. now now now. heh

good luck salwa hanim selamat!

you'll be okay. i know. u can get through this (just like what he said eyh). heh



June 2, 2010

rinduuuuuu :'(







rindu saya padanya. harap awak juga. heh













May 31, 2010

better a divorce than married

the title had been created by A ( a guy, friend and a bully).

its a story about him actually. on his birthday (which i totally forgot. sorry A), he texted me. he told me a story which i am the first to know ( hahahaha. i like very the much).

begini kisahnya. semoga ianya dijadikan teladan.
hari itu, A ada kenal this one girl. itu pun through phone. dia salah number sebenarnya. then somehow, they got close. they even chatted for almost 3 hours, almost everyday. she sounded so polite and cool. and of course matured and A love it. she even sent him her pictures. she looked realle lovely. beside that, she is older than A, which A really like.

then A ajak the girl to meet up but the girl always give excuses like memang nampak yang dia tak mahu jmpe A. one day, the girl called and nangis-nangis. dia beritahu A yang dia sebenarnya berumur 28 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. the girl mempunyai masalah dengan suaminya. so A ni macam alternative agaknya. i dont know. heh

A telah men'screened'kan number the girl. A beritahu yang the girl masih text and call him. A tak layan. bini orang kan. tak baik ganggu rumah tangga orang kan kan kan. so let it be man. heh

well, the moral is, jangan layan orang salah number, ia mungkin bini/laki orang.

p/s; sorry cos ketawakan A eyh. hehe but it is soooo funny cos u really fell for her. hahaha

May 28, 2010

movie snippet #1

i just get back from cineleisure. hang out with my beloved family. we watched prince of persia. it was okay la. not to mention the fighting time. i was like waaaa. mcm nak perang jugak but i cannot. haha my point is, the ending agak suck.*sigh. i dont know why i didnt like the ending. maybe because, the prince get the princess back and the time move backwards and everyone saved and alive and blah blah blah. try watch it. then you will know what the heck im trying to say here. heh

like always, my mouth memang tak bole stop sebut 'chumels' to all the adoroble couples i met. *sigh. jelous a bit here *sigh. macam nak tutup mata je so that i wont see those 'in love' people. haih tapi kalau tutup mata macamana mahu jalan? *sigh.

how i wish i could have that dagger and turn back the time to where everything is normal and im surrounding with his love. *sigh.

May 26, 2010

solat dan lima jenis manusia

selepas penat melayan kerenah pelanggan, kini tibalah masanya untuk saya meluangkan masa bersama laptop dan guitar tersayang. walaupun bunyi masih sumbang (akibat terputus tali number 3) tetapi practise harus dilakukan (gimik je lebih). tanpa melengahkan masa lagi, saya ingin berkongsi bersama anda sedikit info yang saya dapat dari paper harian metro yang bertarikh 30 disember 2009(jika anda sudah baca, diam diam sudeyh). ini adalah jenis manusia dan solat yang dilakukannya. renung renungkan, dan selamat beramal ;)


jenis pertama

hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat. bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

jenis kedua

orang yang melakukan solat secara zahir sahaja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

orang ini jatuh fasik. tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika sahaja. golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.


jenis ketiga

golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

jenis keempat

golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. begitulah sehingga selesai solatnya.

peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

jenis kelima

golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya.

walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. golongan ini disebut orang soleh.

jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

May 25, 2010

barbie itu bukan babi






baju pengantin idaman saya





gambar gambar di atas merujuk kepada barbie. ya, barbie. pada tarikh 17 may 2009, saya dan S ( teman dari sekolah, kini dan selamanya) bersiar-siar di the curve. tujuannya hanya satu, iaitu melihat patung patung barbie yang disimpan di dalam kotak kaca. di dalam kotak kaca itu, terdapat spotlight supaya barbie itu kelihatan lebih grand dan menarik dan sexy.

terdapat banyak koleksi dari tahun tahun dahulu hingga kini. ianya dapat di lihat pada wajah mereka. ada yang mukanya ke dalam, ke depan dan lain lain. cara make up nya juga sedikit berbeza. jika anda peminat patung barbie, anda pasti tahu.

kebanyakan budak perempuan atau wanita dari dahulu hingga kini suka menyimpan atau membela patung ini.bagi mereka ianya satu kepuasan. mungkin juga hobi kerana patung ini cantik bukan. tidak dilupakan semakin murah harganya (untuk pink label sahaja. label gold dan yang lain lain agak mahal).

teringat pula saya pada arwah abang N ( abang saudara saya yang meninggal akibat leukemia). ketika saya kecil kecil dahulu, dia memang suka culik barbie saya. kemudian di bogelkannya. habis barbie saya di conteng. mungkin bagi dia, itu tattoo. tidak mengapalah. saya pasrah sahaja dan meminta mamanya membelikan saya barbie yang baru.heh

bijak langkah ku ;)