January 16, 2013

Alamanda semakin canggih

assalamualaikum semua

sudah masuk dua hari aku menjadi guru. 
alhamdulillah. 
setakat ini semuanya berjalan dengan lancar.

oh mesin jahit tepi sudah sampai. yeay!
alhamdulillah.
semuanya semakin dipermudahkan oleh Allah s.w.t

petang tadi aku ke Alamanda Putrajaya.
waaaa kemain mall itu sekarang.
ada Bershka, Pandora, Clarks dan beberapa kedai yang baru.
aku sendiri tidak pasti sudah berapa lama tidak menjejakkan kaki di sana tetapi seingat aku, kedai kedai tadi memang baru di buka.
seronoklah warga putrajaya kerana semuanya ada. all in one. macam One Utama lah pulok. heh

nothing special happening today. 
oh cuma dapat bertemu kawan baik.
membuat segala ulasan dan hujah terhadap isu yang kami hadapi sebelum ini.
walaupun belum jumpa penamatnya tetapi keadaan masih terkawal dan actually I had fun juga.
heh
terima kasih H untuk hari ini.

ok selamat malam semua. assalamualaikum

ajaran apa?

assalamualaikum.
selamat malam aku ucapkan kepada semua.
yang jauh, dekat di hati, 
yang dekat, jom lepak. heh

hari ini adalah hari pertama tugas aku sebagai seorang pengajar yang kurang bertauliah.
alhamdulillah. setakat ni, mereka faham dengan cara ajaran aku.
bunyi macam lain je.
okay, they understand my teaching.
eceh. english le pulok.

petang tadi sempat berpacaran bersama ibunda tercinta.
teman baik, teman serumah, teman memasak, teman mengadu, teman bergaduh, teman berbicara, teman luahan perasaan, teman segala galanya. 
kami ke setia city mall.
cari few stuff untuk mengajar esok. biasalah, guru katanya. heh

oh insya Allah esok mesin jahit tepi sampai. yeay! can't wait. 
senang bila semuanya dah ada.
tak payah susah susah nak keluar rumah lagi dah.
yeay! alhamdulillah.

ok bai kalian pembaca terhormat di kala tidak sengaja singgah ke blog ini.