February 22, 2012

alhamdulillah

salam. seperti yang anda semua tahu, keputusan peperiksaan bagi pelajar UiTM sudah pun keluar. ianya merebak seperti virus. hehe

alhamdulillah, aku masih lagi di zon selamat walaupun sebenarnya aku mahu pergi lebih dari zon ini. yang penting, CGPA naik. tapi masih di zon selamat. bilalah nak ke zon cemerlang? haih

subject yang paling aku sayang pun turun 1 anak tangga. tidak mengapa. ucapkanlah alhamdulillah

bila difikirkan kembali, keputusan ini memang melambangkan sikap aku yang agak M last sem. heh. tidak mengapa. aku masih mempunyai 4 semester untuk diharungi. dalam 2 tahun juga la nak grad. orang lain dah beranak pinak, aku baru nak ambil gambar graduasi. like a boss. haha

okay peeps. that's all for now.

oh btw, kerja dah tinggal separuh jalan. masih bergerak cuma agak slow. well, first timer kaaaannn. hehe

February 13, 2012

between guitar and work

salam.

di sini, aku ingin menyatakan kembali, bahwasanya, aku telah kembali aktif dalam bidang muzik. yeah!!!

both guitar sudah dibaiki.
yeah!!!

namun, kerja masih menanti. 1 dress sudah hampir siap. kenapa HAMPIR siap? kerana, interfacing leher tertinggal/tercicir di kedai jahit tepi tadi. haih kalau tidak, dah SIAP. haih

oh, esok valentines day bukan?
memang aku tak pernah sambut pun. sebagai umat ISLAM, haram doh nak sambut benda begini. makanya, aku ingin menyeru kepada umat ISLAM yang lain untuk tidak menyambut hari haram ini. lagi lagi apabila JAIS dah beritahu bahawasanya mereka akan mencekup sesiapa sahaja yang menyambut valentines day ini. mestilah JAIS cekup yang beragama ISLAM sahaja.

okay then. selamat malam.

February 12, 2012

the LRT has changed!

salam, as you can see, the title is damn right!

hari ini adalah hari beriadah untukku. maksudnya, hanya aku sendiri.yelah. aku kan loner :)

aku telah drive dari rumah ke LRT Taman Bahagia. sekali masuk rm3 kena. bang! duit terbang.

tidak mengapa. lama juga tak naik LRT. demi tidak menyusahkan diri dengan jalanraya yang sesak ke sana dan parking fee yang agak NGAUM di KLCC, aku sanggup naik public transport. okay apa. tak sakit kaki nak tekan minyak atau stress dengan pemandu lain yang tidak pandai menggunakan signal kenderaan mereka.

setibanya aku di situ. aku agak terkejut dengan 2 machine reload touch n go betul-betul berdekatan dengan pintu. aku pun berniat untuk reload card aku tetapi machine itu sungguh kejam. dia tidak menyalakan lampu hijau maka, aku tak bole reload aahh. damn!

so, aku pun pergi ke kaunter. dengan yakin aku bersuara, 'kak, KLCC satu'. aku menghulurkan duit rm5 sekeping. yang warna hijau tu. tiba-tiba kakak tu memberi aku 3 keping rm1 dan 4 duit syiling 50sen. aku terpinga-pinga. 'kak, KLCC satu' aku cuba lagi. dia hanya menjawab 'cuba try duit seringgit seringgit. mesti boleh'.

haaaa? try kat machine touch n go tu ke? aku memang blur. haih

tiba-tiba aku terlihat 2 orang gadis yang sedang membeli sesuatu di machine yang aku tak pernah lihat sebelum ini. maka, aku pun terus ke machine itu. ooohh rupanya sekarang dah tk beli tiket dah tapi guna machine. okay okay.

aku telah jadikan 2 orang gadis itu sebagai mentor. kemudian aku berjaya dengan warna warni berterbangan (flying colors). yessss!

apabila sampai di KLCC, aku bluurrrr again. okay. tadi aku dah tap the token. so sekarang macam mana? takkan tap lagi? aku pun beratur seperti manusia lain. semua orang dihadapan aku menggunakan card touch n go. which means, aku tkde mentor. aaahhhh!

aku pun mundar mandir sebentar di hadapan penghadang (tak lama la kerana orang di belakang akan marah pula kaaannn) dalam beberapa saat, aku terjumpa tempat masuk token. macam tabung tu. haaaaa yessss! aku berjaya tapi dengan malunya. haha *cerita terlalu panjang. kalau boleh aku nak berlakon balik sebab aku tidak berapa mahir mengolah sesuatu keadaan dalam ayat. heh*

lepak di Kinokuniya.

menggunakan voucher buku.

terus pulang ke LRT Taman Bahagia.

agaknya kalau orang lain, sure dah duk situ lama-lama. masuk kedai itu, kedai ini, tengok itu tengok ini. tapi bukan aku kerana aku punya tujuan. untuk mencari buku pattern yang boleh membantu menyelesaikan masalah aku :)

entah cuma berapa jam sahaja aku di sana. okay la juga. dapat juga tengok dunia luar dari tingkap Kinokuniya tu. hehe

okay, dari Kelana Jaya, aku terus bercengkerama sebentar bersama 'kawan baik'. lama gila tak jumpa dia. maklumlah. masing masing busy dan mengalami masalah kewangan (alasan). boooooo

lepak bersama,
setelah sekian lama,
di Alamanda,
Putrajaya.

Alamanda dah majuuuuu. ada MANGO deerrrr. haha walaupun kedai tu agak kecil dan banyak menempatkan suit MNG je di bahagian hadapan kedai tapi, okay ah. ada juga kedai aku terngin nak tengok kalau aku ke sana lagi. kan kan kan. haha

selepas makan dan mengomel dengan 'kawan', dia telah membawa aku bersiar2 di sekitar Putrajaya (well, memang tak ada apa lah nak di kata kan. macam lah aku tak pernah pergi Putrajay before this. heh so basically, aku cuma tengok balik bangunan-bangunan yang lawa. lagipun ianya satu alasan untuk jauh dari orang yang mula ramai di shopping mall tu. heh. penat tengok orang je pagi tadi di KLCC now tengok orang lagi di Alamanda. no no no!)

tapi tempat yang aku tak pernah pergi lagi ialah, Masjid Besi. kamu semua google lah sendiri. aku malas nak upload pictures. haha

subhanallah memang cantik. sukar describe dengan kata-kata. memang best. dapat lah solat asar kat situ. hehe

lepas tuuuu


tiada apa lagi lah. lepak-lepak dan aku pulang dengan hati yang gumbira. haha

sekian.

p/s eqyn, cool ah alamanda dah ada MNG. haha good good.





February 10, 2012

breaking the ice

salam,

well the title memang tiada kena mengena with the bebelan i'm about to write. hehe

dah lama tidak update this blog aite. sorry blog. i have neglected you for so long. jangan marahkan saya. marahkan part of me yang malas dan masih mencari masa yang sesuai untuk bersama mu. maaf ya.

tiba-tiba terasa nak update apabila gadis yang beranama EQYN, yes you eqyn. awok memang sengaja mahu akak mengingati yang akak ada blog kan? nk minta kita follow follw kan? haha yess i did follow your blog. kena mintak belanja ice cream kalau macam ni. hehe *joking joking*

oh btw, doa lah supaya saya dapat menyiapkan tanggung jawab yang di beri oleh kak farra and kak zita. aminn