February 12, 2012

the LRT has changed!

salam, as you can see, the title is damn right!

hari ini adalah hari beriadah untukku. maksudnya, hanya aku sendiri.yelah. aku kan loner :)

aku telah drive dari rumah ke LRT Taman Bahagia. sekali masuk rm3 kena. bang! duit terbang.

tidak mengapa. lama juga tak naik LRT. demi tidak menyusahkan diri dengan jalanraya yang sesak ke sana dan parking fee yang agak NGAUM di KLCC, aku sanggup naik public transport. okay apa. tak sakit kaki nak tekan minyak atau stress dengan pemandu lain yang tidak pandai menggunakan signal kenderaan mereka.

setibanya aku di situ. aku agak terkejut dengan 2 machine reload touch n go betul-betul berdekatan dengan pintu. aku pun berniat untuk reload card aku tetapi machine itu sungguh kejam. dia tidak menyalakan lampu hijau maka, aku tak bole reload aahh. damn!

so, aku pun pergi ke kaunter. dengan yakin aku bersuara, 'kak, KLCC satu'. aku menghulurkan duit rm5 sekeping. yang warna hijau tu. tiba-tiba kakak tu memberi aku 3 keping rm1 dan 4 duit syiling 50sen. aku terpinga-pinga. 'kak, KLCC satu' aku cuba lagi. dia hanya menjawab 'cuba try duit seringgit seringgit. mesti boleh'.

haaaa? try kat machine touch n go tu ke? aku memang blur. haih

tiba-tiba aku terlihat 2 orang gadis yang sedang membeli sesuatu di machine yang aku tak pernah lihat sebelum ini. maka, aku pun terus ke machine itu. ooohh rupanya sekarang dah tk beli tiket dah tapi guna machine. okay okay.

aku telah jadikan 2 orang gadis itu sebagai mentor. kemudian aku berjaya dengan warna warni berterbangan (flying colors). yessss!

apabila sampai di KLCC, aku bluurrrr again. okay. tadi aku dah tap the token. so sekarang macam mana? takkan tap lagi? aku pun beratur seperti manusia lain. semua orang dihadapan aku menggunakan card touch n go. which means, aku tkde mentor. aaahhhh!

aku pun mundar mandir sebentar di hadapan penghadang (tak lama la kerana orang di belakang akan marah pula kaaannn) dalam beberapa saat, aku terjumpa tempat masuk token. macam tabung tu. haaaaa yessss! aku berjaya tapi dengan malunya. haha *cerita terlalu panjang. kalau boleh aku nak berlakon balik sebab aku tidak berapa mahir mengolah sesuatu keadaan dalam ayat. heh*

lepak di Kinokuniya.

menggunakan voucher buku.

terus pulang ke LRT Taman Bahagia.

agaknya kalau orang lain, sure dah duk situ lama-lama. masuk kedai itu, kedai ini, tengok itu tengok ini. tapi bukan aku kerana aku punya tujuan. untuk mencari buku pattern yang boleh membantu menyelesaikan masalah aku :)

entah cuma berapa jam sahaja aku di sana. okay la juga. dapat juga tengok dunia luar dari tingkap Kinokuniya tu. hehe

okay, dari Kelana Jaya, aku terus bercengkerama sebentar bersama 'kawan baik'. lama gila tak jumpa dia. maklumlah. masing masing busy dan mengalami masalah kewangan (alasan). boooooo

lepak bersama,
setelah sekian lama,
di Alamanda,
Putrajaya.

Alamanda dah majuuuuu. ada MANGO deerrrr. haha walaupun kedai tu agak kecil dan banyak menempatkan suit MNG je di bahagian hadapan kedai tapi, okay ah. ada juga kedai aku terngin nak tengok kalau aku ke sana lagi. kan kan kan. haha

selepas makan dan mengomel dengan 'kawan', dia telah membawa aku bersiar2 di sekitar Putrajaya (well, memang tak ada apa lah nak di kata kan. macam lah aku tak pernah pergi Putrajay before this. heh so basically, aku cuma tengok balik bangunan-bangunan yang lawa. lagipun ianya satu alasan untuk jauh dari orang yang mula ramai di shopping mall tu. heh. penat tengok orang je pagi tadi di KLCC now tengok orang lagi di Alamanda. no no no!)

tapi tempat yang aku tak pernah pergi lagi ialah, Masjid Besi. kamu semua google lah sendiri. aku malas nak upload pictures. haha

subhanallah memang cantik. sukar describe dengan kata-kata. memang best. dapat lah solat asar kat situ. hehe

lepas tuuuu


tiada apa lagi lah. lepak-lepak dan aku pulang dengan hati yang gumbira. haha

sekian.

p/s eqyn, cool ah alamanda dah ada MNG. haha good good.