January 23, 2013

internship

assalamualaikum.

the first day



the second day




now i actually locked in alone in the office cause I dont have the worker card yet dan sy tak boleh buka pintu tanpa card. sekian

January 17, 2013

mencari penaja

assalamualaikum semua!

alhamdulillah sudah masuk hari ketiga aku menjadi guru.
hari ini mesin jahit tepi tidak mahu menjadi teman ku lagi.
masih dalam proses berkenalan.
maka, rasa ketidak puasan hati terhadap jahitan tepi kain memuncak.

oh, kekasih hati aku ingin datang menziarahi dari UK.
tapi, dia hendak membuat temu janji di Singapore.
oh ini tidak adil!
aku dah berulang kali mengajak dia ke Malaysia tapi tetap juga dia ke Singapore.
jika ada sesiapa yang bermurah hati ingin menyedekahkan kepada aku tiket untuk pergi ke Singapore, just give me a call yeah yeah.

ini dia kekasih hati aku yang duduk jauh. suka sangat long distance relationship katanya. heh

Ellie Goulding Live in Singapore, February 2013

ini juga lagi satu teman teman aku yang ajak lepak. haih
dah la datang dari jauh, sama juga dengan kekasih hati. nak jumpa di Singapore. haih
nasib nasib.

BIG NIGHT OUT featuring Band Of Horses, Vampire Weekend, and Yeah Yeah Yeahs Live in Singapore, January 2013

January 16, 2013

Alamanda semakin canggih

assalamualaikum semua

sudah masuk dua hari aku menjadi guru. 
alhamdulillah. 
setakat ini semuanya berjalan dengan lancar.

oh mesin jahit tepi sudah sampai. yeay!
alhamdulillah.
semuanya semakin dipermudahkan oleh Allah s.w.t

petang tadi aku ke Alamanda Putrajaya.
waaaa kemain mall itu sekarang.
ada Bershka, Pandora, Clarks dan beberapa kedai yang baru.
aku sendiri tidak pasti sudah berapa lama tidak menjejakkan kaki di sana tetapi seingat aku, kedai kedai tadi memang baru di buka.
seronoklah warga putrajaya kerana semuanya ada. all in one. macam One Utama lah pulok. heh

nothing special happening today. 
oh cuma dapat bertemu kawan baik.
membuat segala ulasan dan hujah terhadap isu yang kami hadapi sebelum ini.
walaupun belum jumpa penamatnya tetapi keadaan masih terkawal dan actually I had fun juga.
heh
terima kasih H untuk hari ini.

ok selamat malam semua. assalamualaikum

ajaran apa?

assalamualaikum.
selamat malam aku ucapkan kepada semua.
yang jauh, dekat di hati, 
yang dekat, jom lepak. heh

hari ini adalah hari pertama tugas aku sebagai seorang pengajar yang kurang bertauliah.
alhamdulillah. setakat ni, mereka faham dengan cara ajaran aku.
bunyi macam lain je.
okay, they understand my teaching.
eceh. english le pulok.

petang tadi sempat berpacaran bersama ibunda tercinta.
teman baik, teman serumah, teman memasak, teman mengadu, teman bergaduh, teman berbicara, teman luahan perasaan, teman segala galanya. 
kami ke setia city mall.
cari few stuff untuk mengajar esok. biasalah, guru katanya. heh

oh insya Allah esok mesin jahit tepi sampai. yeay! can't wait. 
senang bila semuanya dah ada.
tak payah susah susah nak keluar rumah lagi dah.
yeay! alhamdulillah.

ok bai kalian pembaca terhormat di kala tidak sengaja singgah ke blog ini.

January 14, 2013

kapooww!!

assalamualaikum.
wow! dua post dalam satu hari.
impressive isn't it? heh

went to Shah Alam today. 
helping my friends out for their final assessment. 
this is their final semester.
so basically I'll be alone for the next 2 semester.
but literally, I am alone this semester.
it's not like I don't have any friends but a day without talking to T, A and S is kind a like a day without eating nasi. cewah.
bermakna sangat lah mereka tu kan. heh

so, esok adalah hari pertama aku menjadi guru.
berat tanggung jawab itu tapi akan ku pikul dengan ikhlas dan jujur.

mari tidur semua.
assalamualaikum.

Nabilah's happy day

assalamualaikum semua.
selamat pagi.

today suppose to be my first day as a teacher but they didn't came this morning because of emergency and I totally understand it. heh.
so it has to be postponed for tomorrow. yeay! can't wait to know them and teach them everything I know about fashion.

on the 22 December 2012, my primary schoolmate got married with her soul mate. 
so here's some of the pictures on her happy day.





I look like a mak cik is it?
heh whatever. as long as I have the confidence, any shitty outfit will look good on me. yeah. 

selamat tahun baru 2013

assalamualaikum.
terlupa pula aku mempunyai blog.
tempat luahan perasaan di kala mulut tidak dapat mengeluarkn perbicaraan yang sah.

rasanya masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 kepada semua.
itu pun jika ada sesiapa yang membaca atau tidak sengaja terbaca blog ini.

untuk pengajian pula, aku masih mempunyai setahun untuk mendapatkan segulung ijazah untuk di pamerkan di dalam almari kaca mak.
pameran ini bukan untuk bermegah atau bergebang kepada dunia akan kehebatan aku tetapi untuk meniupkan rasa keinginan kepada adik adikku untuk terus berjuang dalam pelajaran mereka.
biasalah.
kakak sulung, menjadi contoh dan teladan kepada adik adik bukan perkara mudah.
ramai yang memerhati setiap langkah dan arah aku.

dari segi hidup pula, alhamdulillah.
semakin ramai yang menginginkan khidmat aku sebagai tukang jahit mereka.
walaupun ini bukan profession yang aku inginkan, tetapi ianya membantu aku dari segi kewangan.
bukan senang untuk belajar sambil bekerja.
freelance katanya tetapi masih rasa full time.
demi rasa ingin belajar dan mencari pendapatan sedikit untuk membantu diri dan keluarga kelak, perkara ini harus juga aku tempuhi.

bak kata pepatah,
bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.

okay itu sahaja untuk malam ini.
di bawah adalah snippet dari photo shoot artwork aku sebelum ini. 
assalamualaikum.