May 25, 2010

barbie itu bukan babi






baju pengantin idaman saya





gambar gambar di atas merujuk kepada barbie. ya, barbie. pada tarikh 17 may 2009, saya dan S ( teman dari sekolah, kini dan selamanya) bersiar-siar di the curve. tujuannya hanya satu, iaitu melihat patung patung barbie yang disimpan di dalam kotak kaca. di dalam kotak kaca itu, terdapat spotlight supaya barbie itu kelihatan lebih grand dan menarik dan sexy.

terdapat banyak koleksi dari tahun tahun dahulu hingga kini. ianya dapat di lihat pada wajah mereka. ada yang mukanya ke dalam, ke depan dan lain lain. cara make up nya juga sedikit berbeza. jika anda peminat patung barbie, anda pasti tahu.

kebanyakan budak perempuan atau wanita dari dahulu hingga kini suka menyimpan atau membela patung ini.bagi mereka ianya satu kepuasan. mungkin juga hobi kerana patung ini cantik bukan. tidak dilupakan semakin murah harganya (untuk pink label sahaja. label gold dan yang lain lain agak mahal).

teringat pula saya pada arwah abang N ( abang saudara saya yang meninggal akibat leukemia). ketika saya kecil kecil dahulu, dia memang suka culik barbie saya. kemudian di bogelkannya. habis barbie saya di conteng. mungkin bagi dia, itu tattoo. tidak mengapalah. saya pasrah sahaja dan meminta mamanya membelikan saya barbie yang baru.heh

bijak langkah ku ;)