January 14, 2013

selamat tahun baru 2013

assalamualaikum.
terlupa pula aku mempunyai blog.
tempat luahan perasaan di kala mulut tidak dapat mengeluarkn perbicaraan yang sah.

rasanya masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 kepada semua.
itu pun jika ada sesiapa yang membaca atau tidak sengaja terbaca blog ini.

untuk pengajian pula, aku masih mempunyai setahun untuk mendapatkan segulung ijazah untuk di pamerkan di dalam almari kaca mak.
pameran ini bukan untuk bermegah atau bergebang kepada dunia akan kehebatan aku tetapi untuk meniupkan rasa keinginan kepada adik adikku untuk terus berjuang dalam pelajaran mereka.
biasalah.
kakak sulung, menjadi contoh dan teladan kepada adik adik bukan perkara mudah.
ramai yang memerhati setiap langkah dan arah aku.

dari segi hidup pula, alhamdulillah.
semakin ramai yang menginginkan khidmat aku sebagai tukang jahit mereka.
walaupun ini bukan profession yang aku inginkan, tetapi ianya membantu aku dari segi kewangan.
bukan senang untuk belajar sambil bekerja.
freelance katanya tetapi masih rasa full time.
demi rasa ingin belajar dan mencari pendapatan sedikit untuk membantu diri dan keluarga kelak, perkara ini harus juga aku tempuhi.

bak kata pepatah,
bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.

okay itu sahaja untuk malam ini.
di bawah adalah snippet dari photo shoot artwork aku sebelum ini. 
assalamualaikum.