sudah berjam jam saya tunggu kepulangan bapak. semoga beliau selamat memandu ketika malam makin tua ini. bosan. tidak tahu mahu buat apa.
selepas panggilan terputus di antara saya dan Z ( teman sepermainan), terasa lagi sunyi dalam penantian yang penuh bermakna ini. *sigh.
Z yang sedang hangat d lamun cinta dengan gadis yang telah berpunya berkata "weyh, aku memang suke gila dekat dia tapi dia da ade bf. cmne aaa?? tlg la aku". saya pun menjawab, "kau nk aku pk cara untuk rampas awek orang???". Z hanya ketawa sedikit dan menjawab "agaknye la. aku betol betol suke die. bukan sebab die sangat sangat hot tapi sebab muka die. weyh tlg la aku".
kali ini saya pulak ketawa. "hahahahaha".
kini, saya masih lagi berfikir. mahu atau tidak job ni? hurmm mau mau mau. saya memang suka melakonkan watak dr love kepada Z. hurmm agaknya, apakah cara yang paling sesuai untuk membantu Z? bila d fikirkan balik, tak baik la mengganggu hubungan orang lain demi kepentingan sendiri. tetapi, kita haruslah berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahukan bukan? lagipun, gadis itu bukannya sudah berkahwin. masih tiada apa apa ikatan.
Z, berusaha. aku akan sentiasa sokong kau. kalau aku ada idea, kau pasti akan aku cari. don't worry man.